Wednesday, May 5, 2010

K6.Pencemaran Udara

Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan member kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Kesan-kesan Pencemaran Udara
Pencemaran udara juga merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia,jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industry terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihtan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
~ Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
~ Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan
sulfur monoksida (pencemaran primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut:
~Sulfur dioksia
~Karbon monoksida
~Nitrogen dioksida dan ozon
~Alergen
~Plumbum dan logam-logam lain

Sumber:
~Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman
Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
~Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar
Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idirs, Penerbit Mikamas,
1996
-http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaraara.asp

No comments:

Post a Comment