Wednesday, May 12, 2010

Langkah untuk mengatasi pencemaran udara

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh organisasi bukan kerajaan dalam menangani isu pencemaran udara yang semakin berleluasa di negara kita.

Kempen Kesedaran

Mengerakkan masyarakat antara lain ibubapa ,guru,majikan,NGO,CBO,kerajaan dan swasta agar proaktif dan sistematik serta berterusan dalam memberikan bimbingan dan contoh kepada generasi muda betapa pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar dulu,kini dan selamanya.

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat,sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan(Majlis Daerah ,Majlis Perbandaran,Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya)bekerjasama untuk merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21,masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksankan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan ‘bottom-up’,atau dari akar umbi ke atas.Ini vermakna , penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.

Local Agenda 21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International Council of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara yang terlibat dengan aktiviti Local Agenda 21 (sehingga hujung tahun 1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark, Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Rep. Korea, Sweden dan United Kingdom.

Di rantau Asia-Pasifik, negara-negara yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti Local Agenda 21 termasuk:

Tiada kempen kebangsaan:

India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand, Vietnam


Dengan kempen kebangsaan:

Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia

No comments:

Post a Comment